JUMLAH individu divaksin sepenuhnya yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) meningkat kepada 56 orang hari ini berbanding 38 orang semalam, kata Dr Noor Hisham Abdullah memetik laporan portal media, The Malaysian Insight yang diterbitkan pada 26 Ogos 2021.
Menerusi laporan berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan berkata, daripada jumlah itu, 36 pesakit berada di Kategori 5 (keadaan kritikal dana memerlukan alat bantuan pernafasan) dan selebihnya berada di kategori 4 (pesakit mengalami radang paru-paru dan memerlukan oksigen).
