Hampir tiga tahun setelah Pandemik Covid-19 melanda dunia, masyarakat saintis antarabangsa kini sedang berada di dalam keadaan cemas terhadap ancaman nyata dan semasa Vaksin ujikaji Covid-19 terhadap kesihatan lebih 7 billion umat manusia di serata pelosok dunia.

Pada ketika yang sama para politikus di dalam barisan pucuk kepimpinan hampir kesemua negara di dunia  sedang berada di dalam keadaan terpukau, seolah-olah keadaan aman dan selamat seperti sediakala  sebelum fitnah agong Covid-19 mula melanda dunia Januari 2020.

Dan paling mengharukan, para politikus Pembangkang tidak banyak membantu di dalam kesepian seribu bahasa mereka.

Tontoni video dokumentari dari United Kingdom oleh penerbit bebas Oracle Films ini bagi mendapatkan perspektif sebenar tentang ancaman nyata dan semasa Vaksin Covid-19 terhadap seluruh kemanusiaan.

Pihak pemerintahan Kerajaan di hampir kesemua negara di dunia — kecuali mungkin di Persekutuan Russia dan beberapa buah negara miskin di Afrika —  tidak mungkin akan dapat menawarkan kita semua pendedahan berani kerana berani oleh dokumentari video Safe & Effective: A Second Opinion ini.